Sunday, August 31, 2014

Kawasan sendi badan yang selalu kena Gout

Hari ini saya kongsikan beberapa gambar dimana kawasan yang selalu kena gout.

Biasanya DUA kawasan utama ini yang akan kena gout.

Kaki dan tangan.

Gout bahagian kaki

Gout bahagian tangan

Gout yang menyebabkan wujudnya nodul kecil dibahagian telinga yang dipanggil "Thopi"

Kawasan utama lain yang selalu kena Penyakit Gout

Jadi..

Kena lebih berhati-hati dengan apa yang kita makan. Jangan makan makanan yang ada asid urik terlampau banyak. Pastikan kita dapat asid urik untuk jumlah yang secukupnya. Jangan ambil secara berlebihan. 

Harap maklum.

Friday, August 22, 2014

Apakah itu Penyakit Gout?

Ya.

Apakah itu Penyakit Gout?


Penyakit Gout adalah sejenis penyakit keradangan yang sering terjadi di kawasan sendi. Gout terjadi disebabkan terdapat lebihan asid urik (urate) dalam badan ataupun mengalami masalah pembuangan asid urik melalui sistem perkumuhan kita (buah pinggang).

Jika berlarutan, asid urik akan membentuk hablur ataupun kristal dan mengumpul di dalam sendi. Hablur tersebut merengsakan tisu di dalam sendi menyebabkan keradangan, bengkak dan kesakitan menyebabkan serangan gout.

Punca-punca Terjadinya Gout

  1. Meminum minuman berperisa manis
  2. Makanan yang mengandungi asid urik yang tinggi seperti hati, kupang dan sardine
  3. Mengalami kerosakan buah pinggang yang menggangu proses perkumuhan
  4. Darah tinggi
  5. Obesiti

Tips Untuk Mencegah Serangan Gout

  1. Mengurangkan berat badan yang berlebihan kerana ia membantu untuk mengurangkan tahap asid urik. Tetapi jangan amalkan diet protein tinggi.
  2. 2.Tahap asid urik yang tinggi boleh diturunkan sedikit dengan mengelakkan pengambilan protein yang tinggi dan makanan yang kaya dengan purin, seperti hati , buah pinggang dan makanan laut.
  3. Kurangkan pengambilan alkohol
  4. Elakkan meminum minuman ringan yang manis yang mengandungi fruktosa yang tinggi.
  5. Elakkan pengambilan ubat yang boleh menyebabkan serangan gout seperti Colchicine
  6. Pastikan pengambilan air kosong yang mencukupi bagi mengelakkan hidrasi terhadap tubuh badan.
  7. Pastikan pemeriksaan tekanan darah dilakukan setahun sekali kerana tekanan yang tinggi menyebabkan serangan gout.
  8. Amalkan gaya hidup yang sihat. Jaga pemakanan dan rajin bersenam. 
Kesimpulan

Senang cakap, kita kena jaga dan kawal asid urik dalam badan kita. Sebab itu, kita kena jaga pemakanan. Jangan main belasah aje makan apa yang kita suka. Ambil tahu sikit tentang isi kandungan dan nutrien bagi setiap makan yang kita ambil. Jangan kerana terlalu SEDAP, semua makanan kita belasah ikut suka hati. 

Nanti, bila dah dapat penyakit seperti Gout ini..barulah nak kenal klinik dan hospital. Barulah terkial nak cari ubat gout dan penawar gout

Tapi..kalau dah terkena penyakit Gout ini, nak buat macam mana kan? 

Salah satu penawar alternatif bagi mereka yang dah terkena penyakit Gout ini adalah dapatkan Ubat Gout Rhizoplus Az-zahra. Ramai yang dah berjaya keluar dari belenggu penyakit Gout ini setelah mencuba ubat ini. Cubalah. Mana tahu, ia berkesan untuk anda. 

Testimoni Ubat Gout Rhizoplus Az-zahra

Boleh cuba dapatkan ubat gout itu melalui link dibawah ini: